Monday 23 April 2012

Genting Highlands..Sejukkkk..

Last 2 weekends, kami satu family telah pergi ke Genting Highlands. Syiok bangat.. Stay di Hotel Awana selama 3 hari 2 mlm gitu.. Sebenarnya, guna voucher yg dah nak expired awal bulan Mei nih. Sebab tu la kena pergi jugak, kalau x guna, rugiii woo.. Dapat free ticket utk masuk dalam theme park lagi..all park lak tuh.. fuhh..weekend yg berbaloi2..


untuk korang yang tergerak ati nak dtg sini..

kabus sudah marii.. sejuk dowh

our first ride.. thats my mom n my sis

yg dak tecik tu pun sronok tul sbb dpt main game mcm2 ada

my sis dgn pelakon drama "dottie"..x tau nama ler..

view dari bilik. gambar kolam yg so awsome..

mandi sampai tgn dah jd mcm org tua..adoii..

laporr.. dinner time at hotel's cafe.. taste so yummy..
 Overall, kira ok ler masa main game tu tp ada jgk game yg under maintenance..huhuu.. enuf for today.. tadaaa..

Tuesday 3 April 2012

PALACE VACATION CLUB

Salam 1Malaysia.

Pada bulan lepas, aku telah menerima satu panggilan drpd staff Hotel Golden Palace Horses. Ala.. yg terletak dekat mines shopping complex, tempat Mawi kawen dulu tuh.. Haa..tau pun kan.. nak dijadikan cerita, aku telah menerima jemputan tersebut utk mendengar taklimat mengenai hotel tersebut selama 1 jam. Sebagai habuan, aku akan menerima free vouchar stay di mana2 satu dr empat tempat antaranyer, di hotel itu sendiri, Kajang Country Heights, Langkawi, Cameron.. valid for 2 months. Lagi dpt free vouchar buy one free one ticket utk naik boat di tasik mines tersebut.

Masa dijanjikan pd 25hb Mac, Ahad. Ptg tu kami dilayan sungguh mesra mcm VIP. Makanan dan minuman disediakan. Playground knk2 pun ado. bagus tul taktik diorang nih. Tp dlm hati kitorg dah tekad takkan termakan hasutan diorg utk jd memberclub. Member2 sblm nih  pernah ckp, ko dgr jer 1 jam pastu ckp x berminat, then balik dgn free vouchar. Wallah..mcm senang jer kan?

Semua tempat ada hiasan kuda. Konon ada 'ong' la tuh..fengshui kata bulih bawak untung maa..

Menuju ke boat . Anak2 dah excited..

Inilah si Elly tuh. Sian dia sbb dpt penat jer bwk kitorg jenjln.. i'm sori..

peacee.. yeay.. dpt seat depan skali..

pantai buatan di Mines Wellness Resort. Feri depan tuh, ada parti utk org2 Iran yg so cantik n seksi jugak.

Palace Golden Horses. Kubah kt atas skali tu suite 3 storey. Masa nih, Michael Schumacher F1 yg stay with crew. Kan masa tu ada Formula One di Sepang.

Boleh tukar free nights pakej tu utk health screening. Elly bilang, Dato'2 sumer g sini. X main la spital kerajaan tuh. Ntah ler..

Menu: Nasi beriani with kurma ayam n Veggies.. nyumm2


Lepas mkn, aku di brief oleh puan Elly, counselor club tuh. very helpful cos byk explain psl hotel tuh. Then kami dibawa berjalan2 tgk pool, gym dan naik boat pegi tasik dan melawat the Mines Wellness Resort. Hati sungguh tertarik, sbb kat situ pool nyer xder diganti dgn pantai buatan cuma ombak jer xder. Suasana pun mcm bkn berada di KL. So exciting..

Balik semula ke PGH, dia pun tanya pendapat kami. Ofkos ler ckp yg baik2 jer kan. Org yg berbudi bahasa la katakan. Ahaks.. Aku pun saja la nak tanya price pakej tuh..Masa ni la iman aku mula tergugat. Adusss.. Elly ckp, dia xleh bg price, dia cuma membuka minda mengenai hotel tu jer. Dia pun panggil la staff lain pulak. Mamat tu pun jual la kt kami baikkkk punyerr.. Hampeh tulll.. Camner aku boleh setuju nak jd member club tuh..

Pakej ada dua, Gold dan Diamond. Yg bezanyer, Diamond tuh kena byr Rm40 ribu dan dpt 7 days free holiday setiap thn manakala Gold byr Rm25 ribu dan 7 days free selang setahun. Dua2 pakej tuh valid selama 38thn. Ada 2 cara byr, tempoh 3thn @ 6 thn. Kitorg amik Gold dan byr Rm21 ribu selama 3 thn so rm583 per month.(Kena byr downpayment 2ribu on the spot.) Tp duit kt tgn ada rm300 jer. janji dgn mamat tuh nak byr balance ari isnin. Dia pun setuju. Kami dpt extra lg, 4 kali percutian selama 2hr 1mlm. Tu yg tmbh sronok tuh. Korang bygkan, selepas 3 thn, kami boleh enjoy bercuti selama 38thn tanpa pikir psl duit nak duk hotel. Ianya boleh diwarisi lak tuh.

Then the story begin..Mlm tuh kt rumah, kami jd x sedap ati uolls. Selepas survey review kt internet, byk negative than positive. Hati sudah berbelah bahagi.. Stlh discuss, kami pun nak cancel pakej tuh. Yelah, kami fikir, buat apa nak bercuti bagai, ada couple tuh x amik bg reason sbb baru kawen. Abis tu, kami ni dgn anak berderet nak sekolah, selamba jer boleh byr loan 23 ribu. Muhasabah diri sekejap, terus insaf. Hehehe.. Lagipun, kena bayar rm438 setiap thn utk byr maintenance fee hotel tu, tp kami leh guna pool, gym dan spa n sauna hotel bila2 masa pun. Alahh.. mcm sempat nak gi kt situ setiap minggu kan..Opis laki pun selalu buat meeting kt hotel, so there's no need for me to worry. betul x?

So esok nyer, g hotel tu semula, isi borang, CANCEL!!!!  Nasib baik x byr abis kan 2 ribu tuh. Still waiting for that Rm300. Kalu diorg x byr gak, aku nak claim stay kt hotel tuh free for one week. Ko giler? hahaha..Padan muka dak salesman tu sbb bengang kitorg. Kan dia x dpt 30percent dr pakej price tuh..  Hahaha.. ( Marah sbb lepas kitorg sign sumer aggrement, dia blh g mkn dan xder jumpa pun kitorg masa kitorg nak balik. Ciss..)

*untuk uolls, aku bukan promote tau. Mesti korang pernah dpt kol nih @ xprienced benda yg sama kan? So just beware. Kalau korang byk duit, suka bercuti, selalu travel oversea dan xder tanggungan, why not ? Aku dah plan, umrah, haji then KOREAAAA.. InsyaAllah... Free vouchar nih, aku nak bercuti kt mana ekk? Any suggestion? SARANGHAEYO.. hikhikhik